Saturday, 2 August 2014 | 0 Peminat Secret
Masalah Kpoppers
BIAS
Soalan wajib bagi kpoppers. Sometimes, bila bercerita pasal bias, masing-II tak mahu kalah. Ada saje cerita menarik yang hendak dikongsi tentang bias mereka. Tapi, ada satu masalah. Bila kita tanya ;
"Siapa bias awak?"
Dia pon menjawab
"Bias?. Baekhyun, Luhan, kai,
chanyeol, myungsoo, sunggyu,
blablablablablablablablablabla"
COMEBACK
Comeback. Satu berita gembira yang paling dinantikan oleh kpoppers. Bila dapat tahu group bias kita nak buat comeback, masa tu masing-II mentalbreakdown. 24/7 duduk depan lappy and spazzing non-stop. Sometimes ada yang terpaksa korbankan masa tidur disebabkan "comeback" ni. Bila teaser keluar, kita akan replay teaser tu banyak kali, sebab dah tak sabar nak tunggu full mv. Replay dan terus replay until the full mv released. Masa comeback era tu juga, terpaksa kumpul atau guna duit tabung semata-II nak beli album. Kalau masa tu semua bias group kita comeback, bayangkan! kering poket ni.
FANWARS
Fanwars. Atau dalam erti kata lain, 'perang peminat'. Masalah yang sering berlaku. Fanwars ni perang di antara fandom dengan fandom. Aku tak pasti pula jika kpoppers bergaduh dgn haters juga dipanggil 'fanwar'? otl ; Rasanya tu tak termasuk kot. lol tak tahu. Fanwars ni mula tercetus bila ada segelintir fans yang memulakan benda ni dulu. Contohnya, bila ada perbandingan antara group. Bila timbul rasa tak puas hati. Mula la si A ni kutuk si B. Si B pula nak kutuk si C . Padahal si C tak bersalah. Maaf bebelit. lol. Aku rasa benda ni takkan berlaku, jika fans lebih matang dalam soal ni. Tak perlu rasanya fanwars ni wujud. Mengeruhkan keadaan je. Nanti apa pandangan orang lain terhadap kpoppers?
HATERS
Kita faham, semua orang ada minat masing-II. Tapi kadang-II aku sendiri kurang faham kenapa haters ni susah sangat nak hormat minat orang lain, sedangkan kita hormat minat dia. Tapi ada satu masalah kpoppers ni. Bila haters mula kutuk pasal KPOP, mereka pon mula la melemparkan ayat-II kesat. Like B*tc* , *f*c* etc. Aku tak kata semua kpoppers. Segelintir sahaja. Mungkin terlalu marah orang kutuk kpop sedemikian. Tapi rasanya tak salah jika kita balas dengan cara elok. Kekadang orang akan menilai kita melalui first impressions . Apa yang mereka nampak tu, itulah siapa diri kita. Soal hati tu, orang tak tahu, sebab ia tak boleh dinilai dgn mata kasar. Jadi, sila la jaga adab kita, terutamanya kepada muslim kpoppers. Biarlah haters nak kata apa tentang kpop atau minat kita ni. Kita tak boleh paksa mereka untuk suka apa yang kita suka. Citarasa semua berbeza bukan? So ignore saje haters tu ; Mereka nak perhatian sebenarnya
Kadangkala aku terfikir juga, bila orang kutuk kpop atau minat kita, kita mula nak m'pertahankan mereka. Tak salah. Cuma jangan berlebihan dan melampaui batas. Lebih baik kita pertahankan agama Islam. Itu lebih baik bukan? Aku bukanlah cukup Ilmu untuk cerita pasal ni. Aku pon ada kekurangannya. walaupun Aku bukan kpoppers macam korang. Takde la sempurna. Tapi sekadar saling mengingati sesama saudara kita itu perlu.Sekian..
Entri ini adalah umum. Maaf jika terkasar bahasa.
credit to blog http://tqaredocean.blogspot.com/




>