Wednesday, 30 July 2014 | 0 Peminat Secret
By Syafie Naswip @ Mukhsin
assalamualaikum. hi! aku tak tahu tapi hari ni aku rasa aku berminat dengan semua penulisan Syafie Naswip.. deep.. so.. enjoy your reading.. ☺
******
Setiap detik,Setiap hari,
Setiap tahun,
Setiap abad,
Manusia ingin tahu...
Seperti hari pertama kita bersekolah,
Kita akan belajar mengeja huruf
A,B,C
Kita akan belajar mengira nombor
1,2,3
Mengapa perlu saya perlu bercerita tentang hari pertama masuk sekolah?
Kerana bagi setiap daripada kita pernah ke sekolah,
Samada di bandar,kampung mahupun daerah atau sekurang-kurangnya pendidikan secara tidak langsung.
Kita mengangkat tangan,
Kemudian bertanyakan soalan kepada Cikgu.
Itu lumrah pendidikan dan menjadi suatu kebiasaan,
Memegang buku dan pen menjadi suatu kebiasaan,
Pendidikan menjadi suatu kebiasaan,
Dan,
Kebiasaan ini merupakan kecemerlangan pendidikan,
Dan kecemerlangan pendidikan itu menjadi asas pembangunan negara.
Saya masih ingat hari pertama saya ke sekolah,
Secara kebetulan,hari itu hujan jadi saya kebasahan,
Cikgu merenung saya yang kebasahan,
Dia tidak marah tetapi menyuruh saya mengeja huruf berulang kali,
A,B,C...
Tetapi selepas berulang kali,
Saya terlupa lalu bertanya kepada cikgu
"Huruf apa selepas huruf C?"
Cikgu menjawab,
"Takpe"
Kerana baginya apa yang penting otak anak kecil ini sudah mula berfikir secara baik.
Sebagai seorang remaja dan rakyat Malaysia.
Pembangunan negara itu tidak semudah mengira A,B,C dan 1,2,3.
Jadi pertanyaan saya,"
"Apa itu pembangunan negara"?
Kita boleh melihat peta,
Banyak negara maju malahan terus membangun,
Hmmm...
Pembangunan pencakar langit?
Jalanraya bertingkat?
Hospital,Sekolah,serta kemudahan lain?
Semua ini merupakan tanda-tanda dan simbol bagi sesebuah negara.
Pangkalnya,Manusia itu sendiri perlu dibangun terlebih dahulu sebelum pembangunan terjadi.
Seperti hari ini,kita boleh menonton pelbagai perkara di Berita TV seperti krisis ekonomi global.
Keadaan ini akan terus menjadi bual bicara khalayak.
Kerana pembangunan negara hanya mengekploitasikan sumber alamnya untuk mengembangkan ekonominya dan pembangunan negara hanya membina pembangunan dan kemudahan canggih di dunia untuk menunjukkan kekayaan sesebuah negara itu sendiri.
Tetapi,dengan bersandarkan sistem pendidikan,
Sesebuah pembangunan negara akan berkembang seperti bunga tropis yang dihujani setiap hari dan berwarna-warni secara neutral.
Sebagai remaja,anak dan rakyat serta pencari ilmu,
Saya dihujani dengan pelbagai soalan,persepsi dan tanggapan,
"Selepas belajar you nak kerja apa"?
"Selepas you berlakon,you nak cari kerja apa"?
"Mampu ke beli kereta dan rumah"?
Dan pelbagai lagi tanggapan lain.
Hal ini membuatkan saya berfikir sejenak.
Tetapi untuk tempoh sedekad ini,
dengan izin Yang Maha Kuasa,
Saya masih menjalani hidup seperti manusia biasa.
Ibarat suatu peribahasa "melayu",
"Ilmu lebih berharga daripada harta"
Ingatlah pembangunan sesebuah negara tidak hanya mengejar harta,
Biarlah pendidikan menjadi suatu kebiasaan,
Biarlah kita dihujani pengetahuan setiap hari,
Sebaliknya jangan kita berhenti mengeja selepas huruf C dan jangan berhenti mengira selepas nombor 3,
Kerana kita sebagai manusia,
Kita perlu berfikir secara neutral.
*Selamat Mencari Ilmu,Malaysia.
nurfahadaa




>